Penulis Gelar Rihanna `Gemuk’ Digantung Tugas

Seorang wartawan sukan yang mencetuskan kemarahan ramai apabila menggelar penyanyi Rihanna sebagai gemuk telah digantung tugas

Selasa lepas, laman web Bartstool Sports menerbitkan artikel yang ditulis Chris ‘Spags’ Spagnuolo mengenai Rihanna yang dikatakan bertambah berat badan dan bergurau Rihanna kelihatan seperti memakai sut sumo.

Dalam tulisannya, Chris juga menulis bahawa bentuk badan Rihanna itu adalah membahaya kerana ia akan menjadi inspirasi kepada `hot girl’ di luar sana untuk mengikut jejak Rihanna.

Artikel bertajuk ‘Is Rihanna Going To Make Being Fat The Hot New Trend? itu ditulis berdasarkan kepada gambar Rihanna di New York City pada Sabtu lepas.

Artikel itu telah dibuang daripada laman web berkenaan dan editornya mengumumkan bahawa Chris digantung daripada menulis di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.