Pelajar UPNM Maut Didera


Seorang pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah meninggal dunia gara-gara didera dengan rakan menggunakan seterika wap, petang semalam.

Pelajar tersebut dikenali sebagai Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, merupakan pegawai kadet laut tahun tiga.

Beliau dipercayai mempunyai  kesan melecur apabila seterika wap ditekap di bahagian dada, kaki serta tangannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengesahkan perkara ini melalui satu muatnaik status di akaun twitter miliknya.

“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, ” tulis beliau.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.