‘duCk Scarves’ Vivy Yusof Berharga RM300 Habis Dijual Dalam Masa 5 Minit

Tudung “Itik”, atau dUCk Scarves yang pernah menjadi topik trending di seluruh media sosial awal tahun lalu habis terjual dalam masa 5 minit.

Kemunculan jenama tudung ini ‘sold out’ walaupun ia dijual pada harga RM800.

dUCk Scarves kembali menjadi buah mulut orang ramai semula.

Menerusi laporan sebuah portal, selepas ‘mengambil alih’ akaun theduckgroup hujung minggu lalu, pengasasnya Vivy Yusof mendedahkan koleksi terbaru sempena Aidilfitri iaitu ‘The Alhambra dUCk’.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Vivy menerusi beberapa keping gambar yang memaparkan perjalanannya ke Alhambra di Granada, Sepanyol yang dikatakan bagaimana ia mendapat inspirasi koleksi tersebut.

Vivy seterusnya memuat naik gambar menghebahkan koleksi terbaru yang dijual dengan harga RM300 itu akan mula dijual pada hari Selasa (semalam) jam 10 pagi di setiap cawangannya.

Selepas pengumuman itu dibuat orang ramai datang untuk mendapatkan koleksi tudung tersebut.

Menerusi instastories yang dimuatnaik Vivy, dia turut berkongsi orang ramai telah mula beratur dari entrance Pavilion sehinggalah ke Grand Millenium Hotel, semata-mata untuk mendapatkan dUCK Scarves sempena pelancaran koleksi Aidilfitri yang dijalankan di Pavilion semalam.

Dalam sekelip mata saja, koleksi tersebut telah habis terjual di kedua-dua platform online dan offline. Memang lain macam betul aura dUCk Scarves ni!

Perkara itu sekali gus menjadi topik trending di Twitter.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.