Muhyiddin Akui PPBM Dilanda Gelombang Keluar Parti Di Perak

PULAU PINANG – Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengakui parti itu kini dilanda gelombang keluar parti yang dicetuskan oleh ‘ orang dalam’ yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pucuk pimpinan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata , beliau ketika ini sudah mengenal pasti individu yang menjadi punca ahli-ahlinya di Perak keluar parti baru-baru ini.

Namun katanya, beliau berpendapat tidak adil kumpulan berkenaan menyalahkannya berhubung isu yang berlaku di Perak termasuk kontroversi pelantikan Ketua PPBM Perak.

“Saya tidak faham kenapa mereka marahkan saya sedangkan keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Pulau Betong, Balik Pulau di sini malam ini. –
UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.