Malaysia Tangga 155 Ranking Terkini FIFA

KUALA LUMPUR – Malaysia naik tiga anak tangga dan berada pada kedudukan ke-155 dalam ranking terkini Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Menurut laman sesawang FIFA www.fifa.com , skuad Harimau Malaya kini mengumpul 148 mata, biarpun tidak bermain sebarang perlawanan dalam masa dua bulan lalu, selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Filipina pada 22 Mac lalu, lapor Bernama.

Malaysia kini berada dalam kelompok pasukan seperti Papua New Guinea yang berada pada ranking ke-153, Chad (154), Maldives (156) dan Singapura (157)

Malaysia boleh meningkatkan lagi kedudukannya jika skuad itu di bawah kendalian jurulatih Portugis yang baharu dilantik Nelo Vingada mencapi keputusan positif dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada 13 Jun ini.

Sehubungan itu, tiada perubahan besar direkodkan dalam kalangan 10 pasukan teratas bulan ini, kecuali Poland yang naik satu anak berkongsi tangga ke-10 bersama Sepanyol, sementara Brazil di tangga teratas di hadapan jirannya Argentina diikuti Jerman dan Chile.

Ranking bulanan itu melibatkan 206 negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.