Lelaki Pandu Myvi Lawan Arus Direman

JOHOR BAHRU – Lelaki yang memandu kereta melawan arus di Lebuh Raya PLUS berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai semalam telah direman sehingga 5 Jun ini.

Pemandu itu ditahan polis selepas beliau menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Trafik pada pukul 1.10 pagi tadi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, polis telah mengambil kenyataan daripada lelaki berusia 29 tahun itu dan kemudian menahannya untuk siasatan.

“Perintah reman ke atas pemandu itu telah dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal sehingga 5 Jun ini,” katanya, lapor MG.

Lelaki itu akan disiasat di bawah Sekyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Jika sabit kesalahan lelaki itu boleh dikenakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

Video sebuah Perodua Myvi melawan arus yang didakwa berlaku di Lebuh Raya PLUS berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai arah utara menjadi tular di laman sosial semalam.

Dalam pada itu, video berdurasi satu minit 26 saat itu memaparkan kenderaan tersebut dipandu dengan laju dan berbahaya di bahagian kanan jalan.

Sehubungan itu, kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 8.20 pagi itu dipercayai dirakam oleh beberapa pengguna lebuh raya berkenaan sebelum dimuat naik dalam laman Facebook (FB) dan turut dikongsi di WhatsApp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.