Kerajaan Umum Bantuan Khas Hari Raya Untuk Penjawat Awam dan Pesara

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataannya berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan bayaran sebanyak RM250.


“Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 9 Jun. Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.


“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.