Insiden Mabuk Dalam Pesawat, Pas Gesa Haramkan Arak

KUALA LUMPUR — Pemuda PAS menggesa Malaysia Airlines tidak lagi menghidangkan alkohol dalam pesawat selepas insiden penumpang mabuk kelmarin, kata Naib ketuanya Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau menggesa syarikat itu “menghentikan serta-merta hidangan minuman beralkohol yang boleh memberikan ancaman terhadap keselamatan penerbangan.”

Mengulas insiden penumpang MH128 yang mabuk, dan juga mempunyai sejarah sakit mental, yang mendakwa ada “bom”.

Beliau menggesa syarikat itu mencontohi syarikat negara-negara Timur Tengah dan Brunei yang mengharamkan hidangan alkohol di atas pesawat.

Tambahnya, kerajaan perlu memikirkan nasib ribuan kakitangan Islam MAS yang terpaksa menghidangkan arak, perbuatan yang ditegah Islam.

Ahmad Fadhli memuji langkah syarikat nasional itu yang tidak menghidangkan minuman beralkohol dalam penerbangan yang kurang daripada tiga jam.

“Sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh perdana menteri beragama Islam, inilah masanya untuk melakukan perubahan jika benar-benar ingin berubah,” katanya, lapor ProjekMMO.

Susulan kegemparan penumpang mabuk itu, pesawat MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik.

Kementerian Pengangkutan menjelaskan insiden itu tidak melibatkan rampasan atau keganasan, sebaliknya lelaki Sri Lanka itu hanya membawa “power bank”, bukan bahan letupan seperti dijeritkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.