Haqiem Rusli Mengamalkan Kehidupan Lebih Sihat Dengan Tidur Awal Waktu.

KUALA LUMPUR 2 Jun – Menyedari single keduanya, Tergantung Sepi memerlukan kekuatan vokal dan suara yang mantap, penyanyi muda, Haqiem Rusli kini mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dengan tidur awal.

Jelasnya, dia sebelum ini gemar tidur lambat dan perkara tersebut memberi kesan kepada suara serta vokalnya. Oleh itu, dia harus menjaga kesihatan dengan amalan hidup sihat.

“Lagu itu memang susah nak nyanyi. Jadi saya kena sentiasa bersedia dan menjaga suara. Kalau ada persembahan, selalunya saya akan tidur awal untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

“Selalunya saya akan tidur dalam pukul empat atau lima pagi, tapi sekarang dalam pukul satu saya dah tidur. Itu paling lambatlah saya tidur,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.