Cara-Cara Berkesan Untuk Elak Bau Mulut Ketika Berpuasa

Bila bulan puasa ni, ramai la yang malu nak bercakap dan buka mulut dek kerana takut mulut tu bau ‘semerbak’.

Memang rasa tak yakin nak bercakap, mana tau kawan pejabat semua lari sebab tak tahan dengan bau mulut anda.

Jangan risau, ada cara yang mudah untuk anda elak dari masalah bau mulut.

1. Gosok Gigi & Lidah

Pastikan anda menggosok gigi dan lidah selepas bersahur. Jangan ambil remeh bab menggosok gigi ni. Lidah pun kena gosok sekali. Semasa menggosok gigi, tarik dan hembuskan nafas untuk singkirkan bau mulut.

2. Teh Hijau

Minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteri dalam mulut dan saluran pernafasan.

3. Ubat Kumur

Supaya kebersihan mulut anda lebih terjamin, anda disarankan untuk menggunakan ubat kumur setelah menggosok gigi. Mana la tahu, dah gosok gigi pun masih ada bau lagi.

4. Kurangkan Makanan Manis

Makanan manis memang sedap tetapi risiko pada gigi anda juga sangat ‘dasyat’. Makanan bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan susah untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut yang ‘lain macam’.

5. Air kosong

Minum air kosong secukupnya ketika sahur dan berbuka. Air kosong juga dapat meningkatkan produksi air liur dan kebersihan mulut anda tetap terjaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.