Bapa Di hukum Penjara 70 Tahun Kerana Bunuh Anak Dengan Mencampakannya Dari Jambatan

RASAKAN, mereputlah dalam penjara. Seorang lelaki telah dihukum penjara 70 tahun atas dosanya membunuh anak lelakinya yang berusia tujuh bulan dengan mencampakkan kanak-kanak terbabit dari jambatan setinggi 90 kaki.

Tony Moreno, 23, melakukan perbuatan berkenaan pada Julai 2015 di atas jambatan Arrigoni yang merentasi Sungai Connecticut.

Selepas mencampak anaknya itu, dia kemudiannya terjun dan mengalami kecederaan serius, namun terselamat.

Ketika perbicaraan Moreno memberitahu dia secara tidak sengaja telah menjatuhkan anaknya, Aaden. Ketika itu katanya, dia yang mahu terjun dari jambatan terbabit.

Namun ketika ditangkap, Morena telah pun mengaku kepada polis bahawa dia yang telah mencampakkan anaknya.

Dalam perbicaraan itu juga, rekod polis menunjukkan beberapa minit sebelum membunuh anaknya, Morena telah bertukar mesej dengan Adrianne, iaitu ibu Aaden.

“Nikmatilah hidup tanpa kami. Dia (Aaden) dah mati. Tak lama lagi aku pula,’’ demikian tulisnya dalam mesej kepada Adrianne.

Wanita itu dikatakan menolak lamaran daripada Morena dan hubungan mereka menjadi tegang sejak beberapa bulan sebelum kejadian hingga membawa kepada kematian Aaden.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui dua hari selepas kejadian.

Sebaik sahaja hukuman dijatuhkan, ibu Moreno, Denise menangis kerana kesal dengan perbuatan anaknya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.