Aktres Korea, Han Ga In Berpuasa?

Seorang daripada aktres popular dan cantik Korea, Han Ga In turut menjalani ibadah puasa.

Bintang drama Moon Embracing the Sun ini pernah disebut-sebut telah memeluk Islam disebabkan itu dia turut menjalani ibadah berpuasa.

Malah ada pihak membuat spekulasi kononnya idola berusia 35 tahun ini telah memutuskan untuk memeluk agama Islam. Beberapa media di Korea juga pernah menyiarkan mengenai berita tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini, pemilik nama sebenar Kim Hyun Joo ini tidak pernah memberi kenyataan rasmi mengenai desas-desus tersebut.

Selain dikatakan turut berpuasa, Han Ga In tidak pernah pula menunjukkan aktivitinya yang berkaitan dengan Islam. Justeru banyak yang beranggapan jika puasa yang dijalani Han Ha In adalah sekadar untuk diet.

Di dunia hiburan Korea Selatan, Han Ga In memulakan karier sebagai bintang iklan, kemudian muncul menerusi drama Sunshine Hunting yang melayakkan dia mendapat penghargaan Aktris Terbaik KBS Drama Awards (2004).

Dia mendirikan rumah tangga dengan aktor Yeon Jung Hoon pada 26 April 2005. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan kini berusia setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.