4 Lelaki DiPenjara Kerana Kesalahan Makan Secara Terbuka Di Khalayak Ramai Ketika Bulan Ramadan

TUNIS – Sebuah mahkamah di utara Tunisia pada Khamis, menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan terhadap empat lelaki kerana kesalahan makan secara terbuka di khalayak ramai ketika bulan Ramadan, kata seorang jurucakap mahkamah.

Jurucakap terbabit, Chokri Lahmar berkata, keempat-empat tertuduh didapati makan dan merokok di sebuah taman di khalayak ramai, perbuatan yang salah ketika bulan Ramadan”.

Beliau menyatakan bahawa empat lelaki tersebut diberikan peluang selama sepuluh hari untuk menafikan tuduhan sebelum hukuman dijatuhkan.

Hukuman tersebut, yang mendapat reaksi penduduk tempatan, dilaksanakan ketika penyebaran beritan di media sosial tentang bantahan pada 11 Jun untuk melindungi hak mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Meskipun Tunisia digelar “penegak agama”, negeri Africa Utara itu sendiri berdepan kontroversi setiap tahun berikutan tiada undang-undang yang khusus tentang larangan makan di khalayak ramai ketika bulan Ramadan.

Kebanyakan restoran dan kedai makan ditutup pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, namun masih ada restoran yang beroperasi secara sembunyi.

Ketika bulan Ramadan, umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.