Wanita Jadi Mangsa Curi Identiti Di Instagram

KUALA LUMPUR – Seorang wanita bernama, Kai Darul hari ini menafikan kewujudan akaun Instagram bernama FreeBleed yang mempromosikan penggunaan darah haid dalam masakan harian.

 

Hari ini, Kai Darul mengeluarkan kenyataan dalam akaun Twitter @KaiDarul yang menyatakan bahawa akaun Instagram FreeBleed yang menampilkan fotonya merupakan satu akaun palsu yang diwujudkan oleh individu yang tidak dikenali.

 

Pada mulanya, akaun itu dilapor memuat naik gambar wanita tersebut dengan mesej tersendiri mengenai feminisme, seolah-olah akaun itu dimiliki oleh Kai Darul.

 

Kemudian akaun tersebut berkongsi gambar makanan seperti ‘pan cake’ dan ‘waffle’ bersama ramuan yang kononnya diperbuat daripada darah haid untuk menarik perhatian netizen.

 

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah mengundang reaksi negatif daripada pengamal media sosial.

 

Menurut FreeBleed, akaun ini dibuka untuk membawa perubahan dalam dunia feminisme.

 

Terbaru, Kai Darul memohon bantuan para netizen untuk melaporkan mengenai akaun palsu tersebut kepada pihak penyelenggara Instagram dan Facebook. – AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.