TMJ Beri Amaran Jangan Cetus Isu Agama Di Johor

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran kepada orang luar supaya tidak mengganggu keharmonian rakyat Johor dengan menyentuh isu agama yang bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat itu.

 

Menurut Tunku Ismail, maklumat yang diterima dan dikenal pasti berkenaan video ‘Johor For Christian’ yang sedang menjadi viral di laman sosial Facebook didakwa didalangi sebuah kumpulan berasal dari Negeri Sembilan.

 

“Jangan pecah belah antara kaum dan bangsa Johor, anasir-anasir luar takut bangsa Johor bersatu. Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum juga berhak mengamalkan agama masing masing.

 

“Bagaimanapun, orang luar tidak patut menganggu keharmonian bangsa Johor dengan menyentuh isu agama yang sememangnya sensitif,” katanya menerusi laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.