Pusat Urut Sukan, Tradisional Guna Taktik Tayang Video Lucah

KUAL LUMPUR – Berselindung di sebalik rawatan urutan sukan dan tradisional. Itu taktik digunakan sebuah premis di Sri Petaling di sini, yang dikesan menawarkan tayangan ‘panggung wayang’ filem lucah percuma kepada pelanggan.

 

Pemilik premis dikesan sengaja menyediakan tiga televisyen bersaiz 58 inci di bilik khas yang digunakan sebagai ruang pelanggan berehat sambil menunggu giliran dilayan gadis urut.

 

Tindakan menayangkan tiga filem lucah serentak itu diyakini bertujuan membakar nafsu pelanggan lelaki supaya melanggan pelacur wanita disediakan.

 

Taktik pemasaran itu juga membolehkan premis itu memperolehi pendapatan lumayan setiap hari berikutan premis itu dipenuhi lelaki tidak kira siang dan malam.

 

Wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran mendapati premis cermin gelap itu menyediakan 20 wanita warga Vietnam berpakaian menjolok mata untuk dipilih pelanggan.

 

Tinjauan mendapati premis itu sentiasa dipenuhi pelanggan saban malam membabitkan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.