Pegawai Kanan Tentera Thailand Terlibat Sindiket Pemerdagangan Rohingya

SONGKHLA – Sebuah mahkamah di Wilayah Selatan Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang Pegawai Tinggi Tentera Di Raja Thailand kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan orang dan menyeludup pendatang Rohingya.

 

Berdasarkan laporan oleh Bangkok Post, pegawai kanan tentera itu dikenali sebagai Lt Gen Manus Kongpan kini diburu setelah waran tangkap ke atasnya dikeluarkan oleh Mahkamah Wilayah Na Thawi di Songkhla atas permintaan Polis Thailand.

 

Setakat ini Lt Gen Manus merupakan satu-satunya pegawai yang paling kanan telah dituduh dalam aktiviti penyeludupan manusia itu selepas susulan dari penemuan perkuburan besar pelarian Rohingya di Songkhla baru-baru ini.

 

Menurut Bangkok Post lagi sehingga kini sebanyak 82 waran tangkap telah dikeluarkan berkaitan kes tersebut dan seramai 51 orang berjaya ditangkap. Lt Gen Manus dan beberapa suspek lain masih lagi bebas dan sedang diburu Polis Thailand.

 

Sementara itu General Udomdej Sitabutr  yang sebelum ini berkata beliau tidak tahu menahu penglibatan pegawai tenteranya dalam penyeludupan itu menyatakan kesediaan bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan kes tersebut.

 

“Saya dimaklumkan (mengenainya) untuk beberapa waktu. Waran tangkap terhadap Lt Gen Manus tidak mengejutkan, ” katanya sambil menegaskan pihak tentera akan memberi kebebasan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.