Etnik Rohingya Nama ‘Yassin’ Diburu Polis

ALOR SETAR – Polis masih mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya dikenali sebagai Yassin yang didakwa mendalangi kegiatan pemerdagangan manusia selain dikaitkan dengan penemuan kem haram serta kubur di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian, Perlis.

 

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan mengesan individu itu selepas bimbang sindiket didalangi lelaki itu menggunakan laluan sempadan Malaysia-Thailand di Kedah khususnya di Bukit Kayu Hitam sebagai laluan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

 

Menurutnya, polis sedang menyiasat identiti sebenar individu bernama Yassin itu.

 

“Kita sedang mengumpul maklumat dan mengesan lelaki terbabit sebelum menahannya

 

“Selain Yassin, kita juga akan memastikan warga tempatan yang memainkan peranan sebagai tekong darat kepada kegiatan itu dikesan dan diberkas,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program High Profile Policing di Dataran RTM, Jalan Kuala Kedah di sini, semalam. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.