Enrique Iglesias Teruskan Persembahan Walaupun Berlumuran Darah

Demi peminat, penyanyi Enrique Iglesias sanggup menahan sakit dan meneruskan persembahan dengan keadaan jarinya yang berlumuran darah.

 

Insiden itu terjadi selepas beberapa jarinya tercedera akibat teriris drone ketika beraksi di konsert jelajahnya bertempat di Tijuana, Mexico baru-baru ini.

 

Foto-foto Iglesias yang berlumuran darah telah tersebar di media sosial dan menarik perhatian ramai.

 

Difahamkan, Enrique bertegas untuk terus beraksi  walaupun dinasihatkan untuk menamatkan persembahannya berikutan tahap kecederaannya yang agak teruk.

 

Penyanyi telah meneruskan persembahan dihadapan penonton selama 30 minit dengan jari yang cedera serta baju yang turut sama terkena darah.

 

Menurut jurucakap penyanyi berusia 40 tahun itu, Iglesias telah menerima rawatan sementara di bahagian tepi pentas sebelum kembali beraksi di hadapan ribuan penonton.

 

Keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan di hati peminatnya namun dalam masa yang sama tindakannya mendapat pujian dan dilabel sebagai artis yang bersikap profesional.

 

Terdahulu, kecederaan Iglesias dikatakan berpunca daripada kecuaiannya ketika cuba untuk memegang drone (sejenis kamera) yang digunakan untuk merakamkan gambar orang ramai di konsert tersebut.

 

Iglesias bagaimanapun dilaporkan telah menjalani pembedahan pada Isnin dan akan kembali meneruskan konsert jelajahnya pada Julai depan. – Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.