DAP Umum Boikot Muktamar PAS 2015

KUALA LUMPUR – Kemelut dalaman pakatan pembangkang dilihat semakin panas apabila DAP hari ini mengumumkan pemimpin parti itu tidak akan menghadiri muktamar PAS yang bermula hari ini, lapor portal Malaysiakini.

 

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Rrganisasi DAP, Anthony Loke yang berkata pemimpin parti itu akan ‘memboikot’ Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam  dan juga Muktamar PAS Pusat di Kuala Selangor yang dijadualkan Khamis ini.

 

“Ya, kami tidak hadir. Kami juga tidak akan hadir pada muktamar penuh,” katanya ketika dihubungi oleh portal tersebut.

 

Pada Mac lalu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membekukan semua bentuk hubungannya dengan Dewan Pemuda PAS Pusat kerana pertelagahan mengenai isu perlaksanaan hukum hudud yang akan dibentangkan oleh PAS.

 

Beberapa hari kemudiannya kepimpinan DAP Pusat turut mengambil keputusan rasmi memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan alasan tidak dapat lagi bekerjasama dengan Presiden PAS itu.

 

“DAP tidak dapat bekerjsama dengan seorang presiden PAS seperti Hadi Awang yang tersebut bertindak dengan tidak jujur dan tidak bermaruah seperti ini.

 

“DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengannya,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

 

Dalam pada itu DAP dilaporkan masih lagi berminat bekerjasama dengan PAS tanpa penglibatan Abdul Hadi, satu keputusan yang ditafsirkan oleh pemerhati politik sebagai suatu bentuk tekanan supaya PAS menolak kepimpinan Abdul Hadi dalam muktamar kali ini.

 

Muktamar PAS Khamis ini akan menyaksikan Abdul Hadi selaku penyandang Presiden PAS bakal ditentang bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang yang dilihat pro PR dan mesra DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.