1MDB: Tun M Lebih Percaya PAC Dari Jabatan Audit Negara

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau lebih mempercayai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berbanding Jabatan Audit Negara di dalam siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 

Menurut laporan the Malaysian Insider, Mahathir berkata Jabatan Audit Negara hanya memeriksa akaun tetapi tidak mengambil tahu perkara penting di mana wang berkenaan dibelanjakan dan bagaimana wang itu dibelanjakan.

 

“Saya lebih percaya kepada PAC berbanding Audit Negara. Audit Negara hanya memeriksa akaun, mereka tidak lakukan audit forensik, mereka tidak cuba selidik dan cari ke mana dan bagaimana wang itu digunakan, juga di mana mereka hilangkan wang itu.

 

“Mereka hanya memeriksa akaun tetapi mereka tidak akan temui banyak perkara kerana mereka yang menyimpan buku kira-kira ini mungkin orang yang sangat pandai,” katanya sambil menambah jika PAC menjalankan kuasa penuh, ia juga boleh memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu itu.

 

Mahathir turut berkata beliau telah bersabar dengan Najib selama beberapa tahun tetapi dalam isu 1MDB, jawapan Najib tidak memuaskan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.