Juan Carlos Mahu Turun Takhta

Madrid – Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy berkata, Raja Juan Carlos bercadang untuk turun dari takhta bagi memberi laluan kepada anak lelakinya, Putera Mahkota Felipe untuk menjadi raja negara itu yang seterusnya.

Juan Carlos, 76, yang menyelia peralihan pemerintahan diktator kepada demokrasi di Sepanyol berulang kali menyatakan masalah kesihatan menjadi penyebab untuk beliau melepaskan takhta sejak beberapa tahun lalu.

Popularitinya juga semakin merudum berikutan skandal diraja, termasuk lawatan menembak gajah yang dibuat ketika krisis kewangan Sepanyol, yang mencemari imej raja itu.

Juan Carlos menaiki takhta pada 1975, dua hari selepas kematian diktator Francisco Franco.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.