Umno tak kisah jika rakan komponen tak sokong hanya kerana pertahan Melayu, Islam – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan Pengerusi Penaja Urimai, P Ramasamy bahawa Umno tidak kisah sekiranya mempertahankan Islam dan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan menyebabkan rakan parti komponen tidak mahu menyokong Umno.

Tegas Akmal, Umno tidak pernah beretorik mengenai agenda agama, bangsa dan Raja-raja Melayu bukan seperti pemikiran Ramasamy yang hanya menunggang untuk meraih undi.

“Bagi kami,tiada kompromi mengenai agama,bangsa dan Raja-raja Melayu waima dengan siapa pun kami berkawan dan itu bezanya Umno dengan parti lain.

“Jika mempertahankan Islam dan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan yang menyebabkan kamu tidak mahu menyokong Umno,silakan kami pun tidak kisah,” bidas Akmal.

Menurut Exco Melaka itu lagi, ini negara yang agama Persekutuannya adalah agama Islam dan hak-hak orang Melayu termaktub di dalam Perlembagaannya.

“Maka tolong hormat perkara tersebut sebelum mahu kami hormat kamu,” tegas Akmal.

Sebelum itu Ramasamy menyifatkan tindakan Umno yang menurutnya lepas tangan berhubung kemelut yang dihadapi sekutunya, MCA dan MIC, sebagai tidak jujur.

Namun Ramasamy berkata, dominasi Umno terutamanya dalam soal kaum dan agama telah menghakis pengaruh sekutunya dalam kalangan kaum lain.

“Apabila Umno mengejar agenda etnoagama yang sempit, ia mewujudkan iklim politik di mana MCA dan MIC bergelut untuk mengekalkan kredibiliti dalam komuniti masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam hal ini, Ramasamy berkata BN kini tidak lagi memiliki kekuatan seperti dulu, dengan Umno sendiri semakin lemah akibat perpecahan dalaman dan persaingan daripada parti-parti Melayu lain.

Kata bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu, keadaan menjadi lebih rumit selepas BN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Bekerjasama dengan PH, terutamanya DAP, dilihat sebagai satu pengkhianatan, khususnya dalam kalangan pemimpin dan penyokong MCA serta MIC,” tambah Ramasamy.

Bekas pemimpin DAP itu berkata mungkin sudah tiba masanya untuk MCA dan MIC mengakui bahawa BN dalam bentuknya sekarang bukan lagi wadah yang bermakna untuk mewakili komuniti mereka.

“Sikap tunduk dalam secara politik dan budaya sejak sekian lama terhadap Umno telah menyebabkan parti-parti ini kehilangan inisiatif dan maruah.

“Jalan ke hadapan mesti melibatkan muhasabah yang serius dan keberanian untuk keluar daripada gabungan yang tidak lagi menjaga kepentingan mereka.

“Hanya dengan itu MCA dan MIC boleh berharap untuk kembali relevan dan berhubung semula dengan akar umbi mereka,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat