Pengusaha telur tak boleh naikkan harga telur sesuka hati – KPDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata harga kawalan telur ayam masih lagi sama walaupun kerajaan sudah mengurangkan subsidi sebanyak lima sen untuk sebiji telur.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, peniaga bertanggungjawab menjual telur pada harga sedia ada memandangkan apa yang berlaku adalah perubahan struktur subsidi bagi telur gred A, B dan C saja.

Dalam tempoh tiga bulan ini, subsidi kerajaan kepada pengusaha telur kurang lima sen sebiji, tetapi harga kawalan masih lagi sama.

“Pengusaha telur tidak boleh menaikkan harga telur sesuka hati memandangkan pengurangan subsidi ini juga adalah persetujuan bersama daripada pihak industri sendiri.

“Jadi apa yang berlaku selepas 1 Ogos ini ialah subsidi akan dihapuskan sepenuhnya dan harga akan diapungkan,” katanya ditemui pada taklimat berhubung Inisiatif Pemaparan Harga Ubat di Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta dan Farmasi Komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723), hari ini.

Sebelum ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan subsidi telur ayam dikurangkan kepada lima sen daripada 10 sen bermula 1 Mei dan seterusnya ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos ini.

Azman berkata, selepas subsidi dihapuskan mungkin akan berlaku perubahan harga, bagaimanapun diharapkan perubahan harga itu adalah positif seperti mana yang dilaksanakan pada harga ayam.

“Jadi sekiranya ada pihak yang menaikkan harga atas alasan subsidi dihapuskan lima sen, boleh laporkan kepada pihak KPDN,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat