Cyberjaya – Dari gerai burger jalanan ke restoran fast food moden berwajah profesional, BGM Burgerman kini mencipta gelombang baharu dalam industri makanan segera tempatan. Hanya lima bulan selepas pembukaan cawangan pertamanya di Gateway, Bangi, jenama ini sudah menampakkan kematangan dalam strategi perniagaan dan pengembangan pasaran yang agresif, namun sistematik.
Satu majlis eksklusif bersama media telah dianjurkan untuk memperkenalkan kempen istimewa sempena Aidilfitri – “Cabutan Bertuah Sebulan Raya Bersama BGM Burgerman.” Majlis ini turut menampilkan pengumuman langsung pada pukul 10 malam menerusi media sosial, di mana 10 orang pemenang bertuah telah diumumkan sebagai penerima hadiah wang tunai daripada jumlah keseluruhan RM5,000.
Kempen ini bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi tanda penghargaan tulus pihak pengurusan BGM kepada para pelanggan awal yang telah menyokong jenama ini sejak pelancarannya. Ia juga menandakan komitmen BGM untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti sambil menyemarakkan semangat raya dengan cara yang inklusif.
Diasaskan oleh Encik Nordin Mat, BGM Burgerman merupakan transformasi daripada GTR Burger – sebuah jenama burger jalanan yang sudah dikenali ramai di Lembah Klang dan telah beroperasi selama tiga tahun. Melihat kepada perubahan cita rasa dan permintaan pasaran, Nordin mengambil keputusan berani untuk memperkenalkan BGM sebagai satu jenama baharu dengan pendekatan lebih moden, sistematik dan scalable.
Cawangan pertama BGM di Gateway, Bangi dipilih kerana lokasi strategiknya yang padat dengan komuniti yang menyokong perniagaan tempatan dan gemar mencuba konsep makanan baharu. Sambutan awal amat menggalakkan, malah waktu operasi telah dipanjangkan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Tidak mahu hanya bergantung kepada kehadiran fizikal, BGM Burgerman kini melancarkan satu inisiatif penghantaran makanan jarak jauh berskala besar ke seluruh Semenanjung Malaysia – meliputi kawasan dari negeri-negeri timur seperti Kelantan dan Terengganu hinggalah ke selatan Semenanjung termasuk Johor. Ini menjadikan BGM sebagai salah satu peneraju inovatif dalam penghantaran burger jarak jauh oleh jenama tempatan.
Melalui kerjasama strategik dengan pasukan logistik King of Road Trip, yang diketuai oleh saudara Mohd Akiff bin Shukri, BGM kini mampu menghantar sehingga 1,000 kilometer sehari, termasuk ke kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap sukar dicapai, termasuk Langkawi melalui laluan feri.
Setiap penghantaran dikendalikan secara profesional menggunakan pembungkusan berpenebat haba (steril form) yang mengekalkan suhu dan kesegaran burger sepanjang perjalanan jauh.
Bagi memastikan operasi lebih efisien, minimum tempahan untuk penghantaran jarak jauh ialah 100 biji burger. Pelanggan boleh memilih mana-mana kombinasi daripada empat jenis burger daging yang telah diuji dari segi ketahanan dan kualiti:
- BGM Cheeseburger
- BGM Double Cheeseburger
- BGM Beef Burger
- BGM Megaburger
Menurut Encik Nordin, burger-burger ini telah melalui ujian penyimpanan selama empat hari dalam peti ais. Apabila dipanaskan semula menggunakan microwave atau air fryer, rasanya masih juicy, lembut dan sangat menyelerakan, seolah-olah baru dimasak. Ini membuktikan bahawa produk BGM sesuai untuk penghantaran jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti.
“Contohnya, kalau kita mula bergerak jam 10 pagi dari Bangi, burger boleh sampai ke Terengganu sekitar 3 petang. Rasa masih sedap sebab kita guna pembungkusan khas,” kata beliau.
Inisiatif penghantaran jarak jauh ini juga merupakan satu bentuk promosi berskala besar untuk memperkenalkan BGM Burgerman kepada rakyat Malaysia dari utara ke selatan dan dari timur ke barat. Ia membolehkan pelanggan mencuba rasa istimewa BGM terlebih dahulu sebelum cawangan fizikal dibuka di kawasan mereka.
Susulan kejayaan cawangan Bangi, BGM kini menyasarkan pembukaan cawangan-cawangan baharu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan menegaskan bahawa pengembangan ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan keutamaan terhadap kawalan kualiti, sistem dalaman, dan kepuasan pelanggan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan penghantaran berskala besar, sila layari:
🔗 https://ask.je/bgm