Pendakwa Mohon Tangguh Kes Najib dan 1MDB, Mahkamah Tetapkan Tarikh Baru

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Ogos ini untuk perbicaraan 25 pertuduhan yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar usul pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan tersebut yang sepatutnya bermula pada 14 Mei ini.

Ia adalah kali kedua hakim menetapkan tarikh baru memandangkan perbicaraan kes SRC International masih berlangsung.

Malah, hakim turut memberi amaran kepada kedua-dua pihak untuk tidak menangguhkan lagi perbicaraan kes berkenaan.

Hari ini adalah hari ke-12 perbicaraan kes SRC dan ia berlanjutan sehingga 10 Mei ini.

Perbicaraan kes 1MDB itu akan berjalan sehingga 15 November.

Lain-Lain Berita;-

Kesilapan Pejabat Peguam Negara Punca Perbicaraan Kes Najib Tertangguh – Peguam PM

Pihak Pendakwaan Tak Bersedia Untuk Perbicaraan Yang Lebih Awal – Shafee

Najib, 66, didakwa dengan empat tuduhan sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB, menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri.

Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM60,629,839.43 di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan di sini, antara 24 Februari 2011 hingga 14 Jun 2011.

Bagi tuduhan kedua, Najib didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan RM90,899,927.28 di tempat sama antara 31 Oktober 2012 hingga 20 November 2012, manakala tuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan RM2,081,476,926 dan RM49,930,985.70.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan 21 tuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. – MalaysiaGazette

6 thoughts on “Pendakwa Mohon Tangguh Kes Najib dan 1MDB, Mahkamah Tetapkan Tarikh Baru

  • May 29, 2019 at 5:36 pm
    Permalink

    Kenapa pendakwaan asyik2 tangguh? Kes najib kroni2 tangguh tangguh.tangguh? Apa ni? Bila mula dakwa? Semoga mudah2an akan terbukti jua salahlaku2 pencuri2 ini..insyallah

    Reply
    • May 29, 2019 at 5:38 pm
      Permalink

      Semoga najib kroni2 akan didakwa secepat mungkin ! Jgn lagi nak cuba postpon ???

      Reply
      • June 11, 2019 at 3:01 pm
        Permalink

        Bila mula dakwa najib sekutu2 ?

        Reply
  • June 7, 2019 at 8:03 pm
    Permalink

    Bila najib bicara kes semua? Kroni2..kuncu2..rosmah..bila mula dakwaan? Semua kasi masuk penjara seumur hidup…!

    Reply
  • Pingback:Peguam Negara Mohon Tangguh Sekali Lagi Perbicaraan Najib dan 1MDB | SUARA TV

  • June 21, 2019 at 4:20 pm
    Permalink

    Bila perompak dan kuncu2 didakwa tuduh hukum? Perasuah2 pembelot pengkhianat penjarakan seumur hidup atau hukum tembak !!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.