Remy Ishak Sudah Bergelar Tunangan Orang

PELAKON Remy Ishak kini sudah sudah bergelar tunangan orang apabila memeteraikan ikatan tersebut bersama wanita pilihannya, Ezza Yusof pada 1 Mei lalu.

Difahamkan, bakal isteri aktor yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih itu merupakan pemilik perniagaan kasut wanita dan kasut pengantin, 2morrowbridestory dan 2morrowmy.Majlis pertunangan pasangan itu dilangsungkan di kediaman Ezza yang terletak di Pahang.

Remy Ishak Pilih Ezza Yusof, Bertunang 1 Mei Lalu
Menerusi gambar-gambar dan insta story yang dimuat naik oleh Ezza di dalam Instagram miliknya, Remy hadir ke majlis tersebut berpakaian sedarhana namun segak dengan kemeja berkolar berwarna biru gelap manakala Ezza pula anggun dengan persalinan ungu muda. Nad Zainal yang merupakan teman baik kepada Ezza, turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.Bagaimanapun, Remy lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut tentang berita pertunangannya itu namun kami yakin dia tentu amat gembira ketika ini.Apa-apa pun kami doakan supaya pasangan ini hadapi fasa pertunangan dengan tenang dan seterusnya ke jinjang pelamin. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.