Raja Bahrain dan PM Adakan Pertemuan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan di Seri Perdana di sini, malam ini.

Terdahulu, ketibaan baginda di kediaman rasmi perdana menteri pada kira-kira jam 8.50 malam disambut oleh Najib.

Selepas pertemuan empat mata itu, Raja Hamad dan Najib kemudian mengetuai delegasi masing-masing dalam satu mesyuarat.

Baginda dan Najib kemudian menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) di antara Bahrain dan Malaysia, termasuk perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan kerjasama pertahanan.

Raja Hamad tiba untuk lawatan negara empat hari ke Malaysia pada Ahad lalu atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.