Perhimpunan Hari Pekerja Di Venezuela Bertukar Ganas

CARACAS – Tentera Venezuela melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan dan penyokong kerajaan semasa perhimpunan Hari Pekerja.

AFP melaporkan, para pegawai polis bertempur dengan kira-kira 300 penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah anggota keselamatan.

Penunjuk perasaan juga cuba merempuh penghadang untuk menghalang mereka daripada memasuki ibu pejabat majlis pilihanraya di Caracas.

Mereka mendesak Presiden Nicolas Maduro berundur dan pilihanraya baru diadakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.