John Legend Penerima Pertama Anugerah Keadilan Sosial

SALEM, Mass, AS – Penyanyi dan pengubah lagu, John Legend telah dijangka akan menerima anugerah keadilan sosial yang baharu di kampus kolej Massachusetts.

AP melaporkan, Legend menjadi penerima pertama anugerah ¨Salem Advocate Salem for Social Justice apabila menerima penghormatan itu esok di Salem State University.

Legend akan memberi persembahan dan juga membincangkan kerja-kerjanya mengenai keadilan jenayah, pendidikan dan isu-isu lain.

¨The Salem Award Foundation for Human Rights and Social Justice¨ mengurniakan anugerah untuk mereka yang memperjuangkan isu-isu keadilan sosial dan para pejuang untuk orang yang berkurangan,lapor RTM.

Ini merupakan tahun pertama anugerah itu akan diberikan.
John Legend telah memenangi 10 Anugerah Grammy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.