Filem Furious 8 Masih Duduki Carta Teratas Box Office

LOS ANGELES – Filem kelapan, “The Fate of the Furious – Furious 8”, daripada siri filem “The Fast and the Furious” terus menguasai kutipan pecah panggung di Amerika Utara.

AFP melaporkan, laporan BoxOfficeMojo.com menunjukkan “Furious 8” mencatat kutipan 19.9 juta dolar hujung minggu lalu dengan mengaut 193.3 juta dolar di seluruh negara dalam tempoh tiga minggu.

Data Exhibitor Relations turut menunjukkan filem berkenaan melepasi kutipan 1 bilion Dolar di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.