Bapa Menangis Rai Anak 10 Tahun Diumum Juara Matematik Dunia

KUCHING, 2 Mei — Bapa murid 10 tahun tidak dapat menyeka air mata kegembiraan apabila anaknya diumum pemenang pingat emas Pertandingan Matematik Sedunia.

Abdul Halim Idris tidak menduga Najmi Asyraaf Halim mampu menggondol kejayaan itu walau hatinya berdoa agar mendapat sekurang-kurangnya gangsa.

“Apabila mereka mengumumkan namanya untuk hadiah utama, saat itulah saya menangis,” kata juruukur bahan itu seperti dilapor New Straits Times.

Murid Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan itu menang peringkat dua pertandingan tersebut di Manila minggu lalu.

Gembira dengan kemenangan itu, Najmi mengakui lima soalan pada pertandingan itu sangat sukar tetapi beliau kekal tenang menjawabnya.

Jad Haris Sabaruddin, 12, seorang lagi pelajar Malaysia, memenangi emas bagi peringkat empat pertandingan itu yang menggunakan kaedah Sakamoto.

Diasaskan oleh Dr Hideo Sakamoto, teknik dari Jepun itu menggunakan pendekatan visual untuk menyelesaikan masalah. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.