45 Minit Tidur Di Gim Untuk Kekal Langsing

GLASGOW – Sebuah gim di Glasgow cipta konsep kecergasan terbaharu yang menyediakan pelanggan dengan ‘sesi tidur selama 45 minit’ untuk mengekalkan kelangsi­ngan badan.

Menurut portal berita mirror.co.uk, rangkaian gim terkenal, David Lloyd memperkenalkan konsep berkenaan yang dikenali sebagai napercise sebagai tindak balas kepada kehidupan orang ramai yang penuh dengan tekanan, lapor Utusan.

Peserta diminta tidur di katil dalam suasana persekitaran aman damai dan muzik latar yang boleh membuat mereka mengantuk.

Malah, suhu dalam studio berkenaan turut direndahkan ke tahap yang boleh membakar kalori dalam badan ketika tidur dan peserta akan menjalani sesi unik itu pada waktu tengah hari, sebelum menyambung kerja.

Menurut jurucakapnya, idea tersebut diilhamkan daripada beberapa kajian akademik mengenai faedah kesihatan ketika tidur.

Konsepnya dibangunkan de­ngan bantuan pakar tidur, Kathryn Pin­kham yang banyak merawat serta memberi kaunseling kepada penghidap insomnia.

“Tidur adalah perkara paling penting, malangnya ramai mengabaikannya. Kita sentiasa memberi perhatian kepada kesan jangka pendek seperti kepenatan serta hilang tumpuan, tetapi ke­san jangka panjang kepada kesihatan fizikal dan mental juga perlu ditekankan.

“Selain penat, kurang tidur akan menyebabkan seseorang itu berada dalam kerisauan melampau serta kemurungan. Kita kurang tenaga untuk bersenam dan menjadi tidak peka dalam membuat keputusan, malah makan dan mi­num pun tidak teratur, sekali gus memberi kesan buruk kepada tubuh,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.