Mayat Pemuda Terjatuh Sungai Ditemui

Kuching – Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jeti Beladin, Jalan Maludan, Pusa, pada Khamis, ditemui pagi tadi.

 

Mayat Musa Hamzaini, 23, ditemui 100 meter dari lokasi kejadian pada jam 8.14 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong.

 

Jurucakap bomba berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Sementara itu, sebuah kereta membawa lima orang terhumban ke dalam gaung sedalam lima meter, di Kilometer 20 Jalan Sarikei Kuching, pagi tadi.

 

Bagaimanapun, kelima-lima mangsa, termasuk pemandunya berjaya dikeluarkan orang ramai dan kesemua mangsa hanya cedera ringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!