Video : YDP Agong DiLudah Dan Dimaki Hamun Peserta Himpunan Anti-GST

Kuala Lumpur – Di dalam keghairahan segelintir masyarakat yang menyertai himpunan anti-GST yang diadakan semalam, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai ‘Antifa’ telah bertindak di luar batasan apabila mengunakan kebebasan dan hak bersuara dengan menghina dan memaki-hamun institusi Diraja.

Mereka yang berkumpul di hadapan bangunan Menara Maybank, Jalan Tun Perak itu mula berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 3.00 petang sambil melaungkan slongan membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perarakan yang pada mulanya aman dan terkawal itu, mula bertukar kecoh apabila beberapa ahli dari kumpulan tersebut mula membuat bising dengan menyanyikan beberapa lagu provokasi yang diiringgi dengan alunan muzik.

Keadaan menjadi semakin bingit, apabila ada dikalangan mereka mula menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada para pemimpin negara.

Paling memeranjatkan, sejurus selepas menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku kata-kata cemuhan telah dilemparkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Melayu.

“Fuck la Raja, Pergi Jahanam” jerit mereka petang semalam.

Malah ada dikalangan ahli kumpulan tersebut yang turut meludah apabila lirik ‘Raja Kita Selamat Bertahta’ dinyanyikan kononnya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati.

Pengamal undang-undang dan pakar sejarah sebelum ini mengesa agar pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah menghina institusi Raja termasuk penjara mandatori.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, undang-undang itu perlu digubal dan dikuatkuasakan segera bagi menghentikan penghinaan terhadap Raja atau Sultan.

Malah perkara yang sama turut pernah dibahaskan di dalam Dewan Rakyat tidak lama dahulu,  apabila ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional yang mahu mencadangkan agar satu akta khusus diwujudkan untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh meruntuhkan institusi tertinggi negara itu.

4 thoughts on “Video : YDP Agong DiLudah Dan Dimaki Hamun Peserta Himpunan Anti-GST

  • May 2, 2014 at 1:20 pm
    Permalink

    apa yang berlaku perlu dinilai secara positif…mengapa ia berlaku?…mungkin selama ini kita dipisahkan dengan kedudukan dan kuasa…golongan elite terlalu bersikap sebagai ‘tuan’ rakyat sebagai ‘hamba’…jurang taraf hidup membuat kita gagal menjalin hubungan yang erat antara golongan elite dengan rakyat…status dan protokol menjadi tembok pemisah antara golongan elite dan rakyat…sedangkan taraf hidup rakyat yang rendah semakin dibebani olih masaalah hidup…bila rakyat melahirkan perasaan mereka di anggap provokasi…sepatutnya golongan elite perlu berfikir apakah selama ini apa yang dilakukan olih mereka betul @ apakah tindakan dan perasaan yang dilahirkan olih hati rakyat dianggap salah @ tidak menghormati undang-undang…jangan kita bersikap ego @ mengenepikan rasa perikemanusiaan dalam memberi hukuman…yang penting kita perlu bermunasabah diri untuk mencari keadilan dan kebenaran…sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

    Reply
  • May 2, 2014 at 10:49 pm
    Permalink

    kegilaan apakah yang telah mereka lakukan ini…..?

    Reply
  • May 4, 2014 at 8:19 pm
    Permalink

    INI LA SEGELINTIR KAUM KITA SEKARANG.. KAUM MELAYU YG TAK SEDAR DIRI .. KAJI DULU PERANA RAJA ATAU KESULTANAN SETIAP NEGERI DAN AGUNG .. KALAU TIDAK DI SEBABKAN ADA NYA DI TAMPOK PEMERINTAHAN .. AKU TAK TAHU APA DAH JADI DGN KAUM MELAYU YG MCM DI VIDEO TU …

    PALING AKU RASPECT RAKYAT NEGRA THAILAND .. WALAUPUN MEREKA MENANTANG KERAJAAN YG ADA BILA TIBA ULANG TAHUN KELAHIRAN RAJA THAILAND MEREKA BERUNDUR UTK ACARA SAMBUTAN DAN BEGITU HORMAT KEPADA RAJA MEREKA..

    BAGI AKU NEGARA INI PERLU GUBAL SATU UNDANG UNDANG BARU BERHUBUNG PENGHINAAN KE ATAS INSITUSI BERAJA DI NEGARA INI..SUDAH SAMPAI MASANYA UTK DI GUBAL MEMANDANG DUNIA YG TANPA SEMPADAN DI MEDIA SOSIAL .. SEKURANG KURANG NYA IKUT SEPERTI UNDANG UNDANG THAILAD DI MANA HUKUMAN PENJARA YG PANJANG DI KENAKAN..

    HARAP KERAJAAN MENGAMBIL PERHATIAN DGN GEJALA MEMBURUK DAN MENGHINA RAJA RAJA MELAYU…

    TERIMAKASIH

    Reply
  • June 9, 2014 at 2:08 pm
    Permalink

    rakyat yang tidak sedar akan sejarah dan tidak pernah belajar dari kesilapan..rakyat yang tidak tahu mengapa adanya raja..sedih melihat rakyat yang tidak pernah mencari mengapa adanyanya raja, ingatlah raja yang ada merupakan waris tanah melayu dan waris kepada adat melayu yang membezakan kita dari orang luar..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.