Video : Penduduk Bimbang Bangkai Paus Meletup

Trout River (Newfoundland) – Bangkai seekor ikan paus biru seberat 60 tan yang terdampar di pantai sebuah pekan kecil di Kanada mencemaskan penduduk sekitar yang bimbang ikan itu akan ‘meletup’.

Kerani Majlis Perbandaran itu, Emily Butler berkata, bangkai ikan paus biru itu di hanyutkan ke pantai pekan Trout River, yang terletak di barat Newfoundland dan telah mengeluarkan bau busuk yang dapat dihidu hampir keseluruhan penduduk pekan itu.

Katanya, penduduk bimbang gas metana hasil reputan bangkai itu akan menyebabkan ia meletup. Bangkai itu merupakan salah satu daripada tiga bangkai ikan paus yang ditemui di persisiran pantai barat Newfoundland. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.