Tiada Peserta Perhimpunan GST Cedera Ditikam Seperti Didakwa

KUALA LUMPUR: Tiada peserta perhimpunan bantah cukai barang dan pendapatan (CBP) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam adalah gambar lama.

Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan itu “tidak benar sama sekali.”
Mengenai laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata keadaan di ibu kota terkawal pada jam 5 petang ini, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan CBP, dan pada jam 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

Ini gambar yang tersebar dilaman sosial yang mengatakan objek terbaring itu di tikam
 Gambar yang tersebar dilaman sosial yang mengatakan objek terbaring itu di tikam

“Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal,” katanya.
Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

“Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam,” katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.