Serang Media:MCPF Desak Polis Ambil Tindakan

Peserta perhimpunan haram membantah GST anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, semalam, bertindak ganas terhadap petugas media.

Kuala Lumpur: Polis didesak mengambil tindakan tegas ke atas penganjur dan peserta perhimpunan haram membantah GST anjuran pembangkang di Dataran Merdeka semalam yang jelas melanggar syarat ditetapkan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Paling ketara kelakuan ganas oleh sesetengah peserta terutama kumpulan remaja berbaju hitam yang melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa dan petugas media sepanjang perhimpunan haram anjuran pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang itu.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata polis dan penganjur sudah mengadakan pertemuan dan bersetuju dengan syarat ditetapkan bagi memastikan perhimpunan aman, sekali gus mewajarkan tindakan undang-undang diambil terhadap kumpulan atau individu yang melanggar syarat terbabit.

“Dalam situasi ini, sepatutnya penganjur bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengawasi tingkah laku semua peserta perhimpunan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Setiausaha Agung Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz, turut membidas tindakan segelintir peserta menyerang, melakukan provokasi dan menghamburkan kata-kata kesat serta lucah terhadap jurugambar media yang bertugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.