Satelit MEASAT-3B Akan Dilancar 29 Mei

Kuala Lumpur- MEASAT Global Bhd (MEASAT) mengumumkan satelit MEASAT-3b sudah disahkan untuk dilancarkan pada 28 Mei waktu French Guiana (29 Mei waktu Malaysia) di European Spaceport di Kourou, French Guiana.

Dalam satu kenyataan hari ini, MEASAT menyatakan satelit itu direka untuk menyediakan 48 transponder Ku-band tambahan bagi memperluaskan perkhidmatan Direct-To-Home (DTH) dan Very Small Aperture Terminal (VSAT) di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia pada slot orbit 91.5° Timur.

“Satelit itu akan dilancarkan kenderaan pelancar Ariane 5 ECA dan ditempatkan bersama MEASAT-3 dan MEASAT-3a,” menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.