Rayu Hukuman Lebih Berat Untuk Pemain Dram Scorpions

Dubai: Pendakwa raya di sini semalam menimbang untuk merayu hukuman sebulan penjara yang dikenakan ke atas pemain dram kumpulan Scorpions, James Kottak.

Ahli kumpulan muzik heavy metal dari Jerman itu didapati bersalah menghina Muslim dan membuat isyarat lucah di khalayak ramai ketika mabuk.

Pihak pendakwa mahu tempoh hukuman dipanjangkan.

Pendakwa raya menimbang merayu hukuman itu kerana kesalahan yang dilakukan Kottak dianggap serius, kata ketua pendakwa.

Kelmarin, mahkamah memenjarakan Kottak, 51, selama sebulan atas kesalahan menghina sekumpulan lelaki Islam warga Pakistan dan Afghanistan serta melondehkan seluarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 April lalu.

Kotakk didenda sebanyak Dh2,000 (RM1, 780) kerana meminum arak dan akan diusir dari negara itu sebaik saja selesai menjalani hukuman.

“Pendakwa akan meminta Mahkamah Rayuan untuk menjatuhkan hukuman setimpal atas kesalahannya.

Dia menghina agama di hadapan khalayak ramai dan boleh dikenakan hukuman minimum setahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali.” Jika Kottak tidak merayu, dia mungkin akan meninggalkan negara UAE itu dalam sehari dua kerana telah menjalani hukuman penjara selama sebulan sejak ditangkap 3 April lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.