Polis Terima Laporan Jurukamera Dikasari Di Perhimpunan Tolak GST

KUALA LUMPUR 2 Mei – Pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia.

“Insiden disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Dalam kejadian ketika perhimpunan mula bersurai sekitar 4.30 petang itu, dua daripada petugas media berkenaan didakwa ditumbuk dan disepak sementara seorang lagi terkena balingan kayu.

Jurukamera Xinhua News Agency, Mohd. Zul Iskanda Mohd Hanafiah ditendang dan terkena balingan kayu sementara jurufoto Focus Malaysia, Sharil Amin Abdul Rahim ditumbuk dan disepak.

Jurufoto Malaysian Reserved Hafzi Mohamad juga terkena balingan kayu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.