Penyanyi irama keroncong, Kartina Dahari meninggal dunia

 

SINGAPURA: Penyanyi veteran iaitu Kartina Dahari meninggal dunia di Braddel sini kira-kira pukul 6 petang Rabu.
Ratu lagu-lagu keroncong itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit barah.

Beliau berusia 73 tahun.Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.

Beliau juga pernah berduet dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Jagung  dan Sejak Kita Berpisah.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya telah dikebumikan pada  Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.