Pengurus Ladang Mati Dibunuh

Seremban – Seorang pengurus ladang mati dibunuh di kawasan ladang sawit berhampiran Jalan Seremban-Tampin, di sini, jam 6.30 pagi tadi.

Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerja ladang seluas 728 hektar itu di dalam keadaan kepalanya ditutup plastik hitam manakala kaki dan tangan diikat pita pelekat.

Menurut saksi yang enggan dikenali mangsa yang bekerja di Ladang Perhentian Tinggi sejak 2009 keluar dari banglo di atas bukit di ladang berkenaan jam 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang itu terletak kira-kira 500 meter.

Difahamkan beberapa pekerja terdengar jeritan mangsa dan bunyi bising dari bahagian depan pagar namun tidak perasan apa-apa kerana keadaan gelap sebelum menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat.

Difahamkan juga beberapa barangan peribadi mangsa turut ditemui oleh pekerja di pintu pagar banglo berkenaan sebelum mayatnya dikesan di kawasan lereng ladang. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.