MH370: Kawasan Pencarian Adalah Tepat – Ketua JACC

 

KUALA LUMPUR: Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)  Angus Houston yakin kawasan carian untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi adalah tepat.

“Berdasarkan analisisi data ‘handshake’ di antara pesawat dan satelit serta simulasi yang dilakukan,  , saya yakin bahawa selatan Lautan Hindi  adalah kawasan carian yang betul,” katanya pada sidang akhbar bersama di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Berdasarkan analisisi data ‘handshake’ di antara pesawat dan satelit serta simulasi yang dilakukan,  , saya yakin bahawa selatan Lautan Hindi adalah adalah kawasan carian yang betul,”   Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kawasan-pencarian-adalah-tepat-jacc-35081?cp

Sebuah firma penerokaan laut dari Australia bernama GeoResonance melaporkan bahawa mereka mungkin telah menemui bangkai pesawat MH370 di Teluk Bengal.

Teluk Bengal terletak di antara India dan Myanmar dan 5,000km dari kawasan carian yang ditumpukan JACC sekarang.

Tentera Laut Bangladesh telah menghantar kapal-kapal untuk ke lokasi tersebut tetapi tiadanya penemuan setakat ini.

“Saya difahamkan tiga buah kapal dari tentera laut Bangladesh kini berada di kawasan tersebut tetapi tidak menemui apa-apai. Salah satu daripada kapal-kapal terbabit mempunyai alat ‘echosounder’ yang akan membantu untuk memastikan pencarian yang rapi dilakukan di kawasan tersebut,” Houston menambah.

Beliau juga berkata bahawa carian pesawat MH370 mungkin akan mengambil masa lapan hingga dua belas bulan.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan mencari akan menyiasat segala petunjuk berhubung dengan pesawat MH370.

Namun, beliau yakin pendekatan yang diambil sejak beberapa bulan lalu adalah tepat and akan diteruskan sehingga pesawat tersebut dijumpai.

“Saya sedang memikirkan untuk (mengguna bantuan) daripada Sapura Kencana yang mempunyai keupayaan untuk kawasan yang dikenalpasti petunjuk baru itu. Kita memerlukan kapal untuk memeriksa kasawan tersebut,” tambah Hishammuddin mengenai petunjuk Teluk Bengal.

“Tetapi saya ingin menegaskan bahawa dengan berbuat demikian, ia akan menggangu pencarian utama kita. Jika hasilnya adalah negatif, siapakah yang akan bertanggungjawab atas masa yang telah dirugikan?”

“Ia amat mahal untuk mengerahkan kapal-kapal. Dengan berbuat demikian, ia juga akan mengambil masa dan memberi kesan kepada operasi mencari di kawasan yang telah dikenalpasti. Emosi keluarga terbabit juga akan terganggu. Ini perlu diambil kira sebelum kami mengerahkan aset-aset untuk mengesahkan petunjuk lain yang dikemukan,” beliau menambah.

Satu lagi sidang media akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini mengenai pencarian MH370.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.