Masalah Disiplin Dan Isu Bergaduh Dengan Fasha Sandha Punca Amyra Rosli Dipilih Sebagai Duta?

Baru setahun jagung dalam industri lakonan, namun nama Amyra Rosli boleh dikatakan senang meniti dibibir para peminat tanah air.

Begitupun populariti yang dikecapi pelakon ‘Hanya Aku Cinta Kau Seorang’ ini mula mendadak dek beberapa isu panas yang mengaitkan dirinya. Bermula dengan isu dia didakwa mempunyai masalah disiplin hingga melarat ke isu pertengkarannya dengan dramatis popular Fasha Sandha.

Memandangkan dia kini semakin dikenali ramai peminat, lantaran dua kontroversi tersebut nampaknya ‘memberi’ rezeki kepada Amyra apabila dia dilantik sebagai duta AuraWhite yang baru.

“Sebenarnya kontroversi yang mengaitkan nama saya sebelum ini tak ada kena mengena dengan pelantikan saya sebagai duta AuraWhite. Bagi saya kontroversi adalah asam garam dalam dunia artis. Apa yang terjadi sebelum ini membuatkan saya lebih matang. Saya sedar, saya orang baru dalam industri dan banyak lagi yang perlu saya belajar dan akan saya harungi.

“Saya memang sudah lama mengamalkan AuraWhite. Saya mulakan dengan makanan tambahan kemudian saya cuba produk kecantikannya pula. Bila ditawarkan jadi duta, saya gembira dan bersyukur. Tak dinafi, ini satu tanggungjawab yang berat apatahlagi saya masih baru dalam industri. Tapi saya tidak akan mempersia-siakan kepercayaan yang AuraWhite beri pada saya”,”, bidas Amyra apabila ditanya pihak media, sejauh mana kebenaran pelantikannya sebagai duta produk tersebut turut dikaitkan dengan popularitinya akibat kontroversi.

Amyra ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk minuman kolagen dan kecantikan bertempat di sebuah hotel di ibu kota, petang semalam.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu pertelingkahannya denggan Fasha Sandha, Amyra berkata kontroversi itu tercetus disebabkan salah faham. Padahal, sebelum itu mereka tidak mempunyai apa-apa masalah. Menyatakan yang isu itu sudah selesai, malah Amyra berkata hubungannya dengan Fasha baik dan dia cukup menghormati aktres itu.

“Sebenarnya antara kami tak ada apa-apa masalah pun. Kontroversi itu timbul hanya disebabkan salah faham. Saya ada menghubungi kak Fasha dan hubungan kami baik.

“Dia seorang kakak yang baik. Saya hormati dia. Sebagai orang lama, saya rasa tak salah kalau dia menegur saya atau sesiapa pun yang menegur kesalahan saya. Pada saya, teguran itu sebagai antara adik dengan kakak. Saya pun tiada masalah kalau nanti ada peluang bekerja denggan dia lagi”, ujarnya.

Kahwin Tahun Ini

..

Dalam pada itu ditanya mengenai perancangan perkahwinannya, Amyra memberitahu dia akan berkahwin dengan tunangnya, pelakon Dazrin dalam tahun ini.

“InsyAllah kami akan berkahwin tahun ini atau paling lewat awal tahun depan. Tapi setakat ini tarikh nikahnya belum ada lagi. Tapi kalau sudah ditetapkan oleh kedua belah keluarga kami nanti, saya akan membuat pengumuman”, katanya yang mengikat tali pertunangan dengan aktor itu sekitar bulan Ogos tahun lalu.

Perkembanggan lain, Amyra bakal muncul dalam sitkom pendidikan kegemaran ramai iaitu ‘Oh! My English’ tidak lama lagi. Selain dia juga bakal sibuk di lokasi penggambaran sebuah telemovie khas sempena Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.