MB Selangor Seru Orang Ramai Salur Maklumat Berhubung Kebakaran Paip Gas

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, meminta orang ramai yang mempunyai bukti berhubung salah laku berkaitan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, supaya tampil memberi maklumat kepada polis.

Beliau berkata langkah ini diambil bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci mengenai punca sebenar kebocoran dan kebakaran yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dalam skala besar.

“Kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

“Keutamaan bagi kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan ialah keselamatan, kebajikan dan keselesaan semua penduduk yang terkesan,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Amirudin turut memaklumkan bahawa laporan awal mengenai insiden tersebut akan dibentangkan dalam tempoh 72 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihak polis akan menyiasat dakwaan kerja pengorekan tanah sebagai punca kebakaran.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat