Kementerian Perpaduan Buat Laporan Terhadap Pengguna X Berhubung Kenyataan Perkauman

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Perpaduan Negara telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap seorang pengguna X kerana memuat naik kenyataan berbaur perkauman dan provokatif di media sosial.

Menteri Datuk Aaron Ago Dagang mengesahkan laporan itu dan menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana berpotensi mencetuskan kebencian serta mengganggu keharmonian negara.

“Saya berharap individu yang terlibat disiasat dan tindakan sewajarnya diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi satu hantaran di X.

Menurut laporan, individu yang dikenali sebagai Amir Ridhwaan telah memuat naik kenyataan yang mengandungi kata-kata kesat terhadap komuniti India. Dia menyeru supaya berlaku semula peristiwa 13 Mei, menggunakan istilah menghina kaum India, dan menuduh mereka mendirikan ratusan kuil haram meskipun hanya merangkumi tujuh peratus daripada populasi negara.

Aaron mengecam keras kenyataan tersebut dan menekankan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara majmuk harus mengekalkan keharmonian dan saling menghormati perbezaan antara kaum.

“Saya ingin mengingatkan semua supaya lebih beretika dalam penggunaan media sosial dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

“Malaysia adalah negara berbilang kaum dan budaya, dan setiap warganegara bertanggungjawab untuk memelihara keharmonian serta menghormati perbezaan antara satu sama lain.

“Saya juga menggesa rakyat Malaysia untuk bersama-sama menolak sebarang bentuk ekstremisme, provokasi, dan fitnah yang boleh menggugat keamanan negara,” tegasnya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat