Kebakaran Paip Gas di Putra Heights : Jangan Buat Tuduhan Melulu – Tun M

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menuding jari secara melulu berhubung insiden kebakaran dan letupan saluran paip gas di Putra Heights, Selangor.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kejadian tersebut perlu disiasat dengan teliti sebelum sebarang pihak dipersalahkan.

“Kita masih belum tahu puncanya dan tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh sesiapa. Kita perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu.

“Jika kita temui bukti, barulah kita boleh menyatakan siapa yang bertanggungjawab, tetapi saya tidak suka spekulasi dan tuduhan tanpa asas.

“Itu tidak betul kerana kita masih belum tahu bagaimana kejadian ini berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.

Dr Mahathir turut menyatakan bahawa kebakaran dan letupan tersebut adalah kejadian luar biasa memandangkan PETRONAS telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan keselamatan saluran paip.

Beliau juga menekankan kepentingan kajian mendalam bagi memahami punca sebenar kebakaran.

“Saya yakin PETRONAS akan memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan,” tambahnya.

Dr Mahathir juga meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat insiden tersebut.

“Saya pasti PETRONAS akan menyiasat perkara ini sepenuhnya, dan kita berharap ia tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Pada 1 April (Selasa), kebakaran besar berlaku selama lebih tujuh jam di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights. Api marak sehingga beberapa tingkat tinggi, manakala penduduk bergegas menyelamatkan diri apabila letupan tersebut menyebabkan serpihan pasir dan batu beterbangan sejauh beberapa kilometer.

Insiden itu menjejaskan 237 rumah dan mengakibatkan 305 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat