Setiausaha Politik Menteri Ditahan Reman Kes Rasuah Jam Mewah RM28,000

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh kebenaran menahan reman Setiausaha Politik, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu siasatan kes menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama Omega bernilai kira-kira RM28, 000.

Perintah reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dikeluarkan Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal selepas membenarkan permohonan Pegawai SPRM, Irsyad Bacotang.

Setiausaha Politik kepada Datuk Salahuddin Ayub itu berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki semalam mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

Difahamkan, jam itu dipercayai diberi oleh sebuah syarikat sebagai dorongan untuk mendapatkan projek di bawah kementerian berkenaan.

Lelaki tersebut ditahan bagi siasatan lanjut berhubung penerimaan jam mewah selain kemungkinan wujud kes rasuah yang lain.

Siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki terbabit tiba di mahkamah pukul 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan berwarna hitam sambil diiringi beberapa pegawai agensi penguatkuasa berkenaan.

Dia hadir dengan memakai baju-T warna oren tertera tulisan ‘Lokap SPRM’ .

Dia mengambil masa selama dua jam bagi menunggu majistret mengeluarkan perintah reman tersebut. – MalaysiaGazette

One thought on “Setiausaha Politik Menteri Ditahan Reman Kes Rasuah Jam Mewah RM28,000

  • April 2, 2019 at 4:11 pm
    Permalink

    Tahniah syabas sprm!! Ranai lagi tu yg korup?? Tunggu ya!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.