Anwar Mungkin Tak Jadi PM Selepas Nurul Izzah Kritik Dr Mahathir – Pensyarah

KUALA LUMPUR — Wawancara Nurul Izzah Anwar bersama The Straits Times yang mengkritik kepimpinan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan perpecahan antara komponen gabungan pemerintah itu, kata penganalisis.

Menurut pakar, kritikan Nurul Izzah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tanda jelas perebutan kuasa antara pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perdana menteri walaupun kedua-dua pemimpin itu kelihatan menyokong satu sama lain di khalayak ramai.

Saintis politik di Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata kenyataan Nurul Izzah yang memanggil Dr Mahathir sebagai bekas diktator dalam wawancara dengan akhbar Singapura itu hanya mengeruhkan keadaan.

”Kesan besarnya adalah anda mungkin tidak dapat melihat Anwar Ibrahim sebagai PM seterusnya,” katanya kepada Malay Mail.

”Ini kerana PM berikutnya perlu mendapat sokong paling banyak dari persekutuan dan rakyat. Izzah akan menjadi refleksi kepada Anwar yang tidak bersetuju dengan Tun Mahathir — dia adalah lambang.”

Selain itu, senior fellow di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berkata perletakan beberapa jawatan Nurul Izzah juga menunjukkan kekecewaan terhadap parti sendiri, termasuk bapanya yang dianggap memihak kepada pihak Dr Mahathir.

”Pemberontakan berterusan Nurul Izzah harus dilihat dengan teliti yang menyifatkan ayahnya terlalu ‘lembut’ dalam melibatkan ‘salvos’ Dr Mahathir,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berkata kritikan Nurul Izzah mungkin menjadi petanda kepada pimpinan PH untuk menghormati asas parti itu supaya lebih progresif.

”Apa yang kita lihat di sini adalah pertembungan antara idealisme dan pragmatisme,” katanya.

”Ia bukan hanya menonjolkan perang dalam PKR antara puak pro-Anwar dan mereka yang keberatan menjadikan beliau sebagai perdana menteri, tetapi juga perpecahan ideologi yang tidak dapat dipertikaikan dalam PH.” – MalayMail

Berita Berkaitan;-

Dr Mahathir Bekas Diktator, Itu Adalah Fakta – Nurul Izzah

Setiausaha Politik Dr Mahathir Anggap Nurul Izzah Tidak Matang

One thought on “Anwar Mungkin Tak Jadi PM Selepas Nurul Izzah Kritik Dr Mahathir – Pensyarah

  • April 3, 2019 at 4:06 pm
    Permalink

    Tak perlu pun besar2kan cerita….yg penting stabil pulihkan dan kerja2 yg tk siap utamakan dulu…! Banyak sgt cakap apa pun tak jadi??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.